Saturday, 18 March 2017

SEJARAH SUKU KAUM DUSUN

Kaum Kadazan-Dusun merupakan nama kaum bumiputera asli yang
terbesar di Sabah. Salah satu teori mengatakan kaum ini asalnya dari suku Bunun di Taiwan. Kaum etnik Kadazan-Dusun ini menggunakan pelbagai
bahasa dan dialek dengan pelbagai kebudayaan dan adat resam
tradisional. Terdapat 27 suku kaum di dalamnya. Antaranya ialah Dusun Liwan, Dusun Tindal, Dusun Pahu, Dusun Lotud, Bagahak, Dusun Labuk, Dusun Kimaragang,Tagahas, Tangara, Dusun, Rungus, Orang Sungai, Kuijau,Tambanuo, dan sebagainya.

Pada mulanya Tun Fuad Stephens, Huguan Siou (Pemimpin Agung) pertama Kadazan, mencadangkan istilah Kadazan digunakan bagi menyatukan 14 suku kaum yang berkongsi kumpulan bahasa bagi memberikan mereka suara yang lebih besar. Ini dipersetujui oleh ramai, tetapi sesetengah orang Dusun mahukan atonomi lebih besar, dengan itu
istilah Kadazan-Dusun dipilih sebagai tolak-ansur.
Kumpulan etnik yang terbesar adalah suku kaum Dusun yang merupakan satu pertiga dari penduduk Sabah. Suku kaum Dusun yang
tinggal di pantai barat seperti Penampang, Papar, Tuaran, Kiulu, Tamparuli, Tenghilan, Kota Belud dan juga di lembah bukit di Ranau, Tambunan, dan Keningau adalah petani tradisi yang menanam padi sawah dan huma. Sesetengah dari mereka memburu serta menangkap
ikan sungai. Mereka kebanyakan bertempat di sekelilingi kawasan lembah
pantai barat dan kawasan pendalaman.

Lazimnya masyarakat daripada subetnik yang disebut di atas adalah
berasal (mendiami) daripada kawasan-kawasan (daerah) tertentu
umpamanya Kimaragang di daerah Kota Marudu, Lotud di daerah
Tuaran, Orang Sungai di daerah Kinabatangan, Sugut, Paitan dan Pitas. Kebanyakan orang Kadazan-Dusun menganuti agama Kristian. Bagi Orang Sungai yang tinggal di daerah Pitas, mereka menganut agama Islam
manakala daerah-daerah lain seperti Kinabatangan (Tongod) dan Paitan, Orang Sungai beragama Islam dan Kristian. Masyarakat Lotud (Suang Lotud) turut mendiami kawasan Pantai Barat Selatan negeri Sabah
terutamanya Tuaran, Tamparuli, Telipok dan dan sedikit di Kota Belud
(Tempasuk). Mereka hidup secara kolektif dengan mendiami rumah
panjang yang mengumpulkan beberapa keluarga, iaitu antara 150 - 200 orang. Walau bagaimanapun, pada masa kini, rumah panjang jarang dilihat dalam etnik ini. Kebanyakannya telah mengalami pembangunan
fizikal dan mental. Istilah Kadazan-Dusun ini wujud dari hasil penggabungan
etnikKadazan dan Dusun serta beberapa etnik kecil lain.
Penggabungan
ini adalah akibat pertelingkahan politik. Lagipun, perbezaan antara kaum
Kadazan dan Dusun tidaklah begitu berbeza dan kasar.Beza antara bahasa Kadazan dan Dusun ialah seperti bahasa Indonesia.

Tuesday, 7 March 2017

Feeling

Have you ever felt like crying eventho you have no reason to cry?

Have you ever felt down eventho no one tease you?

Have you ever felt like no one cares eventho many people around you do care about you?

Well..😔

I don't know why i have this feeling and i don't know how to get rid of this feeling. I don't know why i feel so empty.

I think my confident level has been decrease day by day. What should I do? 😢

I think I need support from my family, my friends and my beloved one. I really need it.